Wall Street Cafe’
Restoran
Penarafan Bintang
Kedai Roti Bakar Wall Street (KRBWS) adalah sebuah kafe yang berkonsepkan vintage yang menggabungkan unsur hiasan Melayu lama serta fusion. Kafe ini diasaskan oleh anak jati Kuantan bernama Mohd Fazrol Azrin pada tahun 2021. Lokasi kafe yang terletak di Lot 38 B, Jalan Mahkota ini adalah sangat strategik kerana lokasi kafe ini juga berhampiran dengan Menara 188, Taman Kerang carboot sale, Taman Esplanade dan sebagainya. Kafe ini menyediakan makanan seperti roti bakar, nasi
lemak daun pisang, nasi dagang, bubur berlauk, makanan western dan pelbagai kopi serta beroperasi dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Harga makanan di KRBWS adalah sangat berpatutan dan mesra pelanggan. Kafe ini selain menjadi mercu tanda baru bagi bandaraya Kuantan, ianya juga menjadi pilihan bagi semua lapisan masyarakat tidak mengira usia, agama dan kaum. Cita-cita pemilik kafe ini adalah ingin menjadikan kafe beliau sebagai medium bagi penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia seperti zaman dahulu.
Menu Utama
- Roti Wall Street
- Kopi Wall Street
Alamat
Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Pahang
Telefon
+60189062252
Waktu Operasi
Selasa-Sabtu :
8:00pagi - 3.30ptg
Ahad :
8:00pagi - 2:30ptg