Seduh Kopi
Kedai Kopi
Penarafan Bintang
SEDUH KOPI, SUNGEI LEMBING
Dibuka pada tahun 2021 selepas perintah kawalan pergerakan dibenarkan merentasi daerah. Awal pembukaan adalah secara suka dan bermula berniaga di rumah dan menjual kepada kawan, orang terdekat, tempahan guru sekolah serta jiran-jiran. Bermula setelah pengasas seduh kopi direhatkan akibat kesan dari Wabak Covid, dengan berbekalkan ilmu kopi yang sedia ada semasa berada di tempat kerja lama, dengan semangat yang ada tekad untuk membuka kafe kopi di Sungai Lembing. Secara ringkasnya telah menyewa di lot bangunan rumah kedai yang juga merupakan bisnes waffle dan juga makanan korea. Seduh Kopi telah berniaga di sini sejak dari 2021 hinggalah kini. Seduh Kopi sekarang giat menyertai pelbagai event yang dianjurkan di sekitar bandar Kuantan untuk menambahkan lagi pendapatan selain membina rangkaian rakan-rakan kopi. Pelbagai jenis menu kopi dan bukan kopi yang ada di Seduh Kopi, juga makanan untuk dijamu bersama kopi. Signature menunyang ada di Seduh Kopi adalah “Kopi Lombong” & Kopi Nisan(Gula Melaka) yabg resepi dibuat sendiri menggunakan bahan istimewa juga yang merupakan top selling di sini. Selain dari minuman, garlic bread dan mushroom soup serta roti bakar seduh dan roti gimoyang seduh juga antara menu makanan yang biasa dipesan oleh pelanggan.
Menu Utama
- Kopi Lombong
- Kopi Nisan
- Garlic bread
- Mushroom soup
- Roti bakar Seduh Roti Gimoyang
Alamat
JALAN BESAR SUNGAI LEMBING, 26200 KUANTAN, PAHANG
Telefon
+6011-25557879
Waktu Operasi
Beroperasi Setiap hujung
minggu & cuti umum :
10:00 am - 7:00 pm