Kantin & Co

Berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang F&B. Kami merupakan Penyeduh biji kopi ‘Specialty Coffee Beans’, iaitu menggunakan hanya biji kopi terbaik dari serata dunia yg mendapat score 80/100 dari coffee grader.Kami juga menyediakan juga minuman lain seperti Artisan Tea, Matcha, Coklat & Fizzy. ‘Micro Bakery’ dimana kami menyediakan semua roti & desserts from scratch. Signature desserts ‘Cinnamon Rolls’ .Tiada mengambil dari vendor luar.’Modern Cooking’ merupakan tema untuk makanan dari dapur kami dimana kami juga menyediakan semua dari scratch seperti patti meatballs & burger dari daging premium New Zealand.
Seduh Kopi

SEDUH KOPI, SUNGEI LEMBING
Dibuka pada tahun 2021 selepas perintah kawalan pergerakan dibenarkan merentasi daerah. Awal pembukaan adalah secara suka dan bermula berniaga di rumah dan menjual kepada kawan, orang terdekat, tempahan guru sekolah serta jiran-jiran. Bermula setelah pengasas seduh kopi direhatkan akibat kesan dari Wabak Covid, dengan berbekalkan ilmu kopi yang sedia ada semasa berada di tempat kerja lama, dengan semangat yang ada tekad untuk membuka kafe kopi di Sungai Lembing. Secara ringkasnya telah menyewa di lot bangunan rumah kedai yang juga merupakan bisnes waffle dan juga makanan korea,
Seduh Kopi telah berniaga di sini sejak dari 2021 hinggalah kini. Seduh Kopi sekarang giat menyertai pelbagai event yang dianjurkan di sekitar bandar Kuantan untuk menambahkan lagi pendapatan selain membina rangkaian rakan-rakan kopi. Pelbagai jenis menu kopi dan bukan kopi yang ada di Seduh Kopi, juga makanan untuk dijamu bersama kopi. Signature menunyang ada di Seduh Kopi adalah “Kopi Lombong” & Kopi Nisan(Gula Melaka) yabg resepi dibuat sendiri menggunakan bahan istimewa juga yang merupakan top selling di sini. Selain dari minuman, garlic bread dan mushroom soup serta roti bakar seduh dan roti gimoyang seduh juga antara menu makanan yang biasa dipesan oleh pelanggan.
Micabowl Cafe

People in the modern era have very hectic schedules and must deal with numerous tasks daily, often neglect their daily nutritional intake. The establishment of Micabowl perfectly meets their needs. The establishment of Micabowl Cafe in Kuantan aims to promote a healthy lifestyle, encouraging consumers to start with a balanced diet. We advocate for a healthy lifestyle for our customers. With just one bowl, Micabowl offers you a balanced and nutritious meal.
Patin U-Turn

Kami menyediakan makanan tengahari.
Menu utama kami adalah Patin Tempoyak.
100% patin sangkar sungai Pahang. Selain patin, kami juga menyajikan menu tengahari seperti Singgang Budu, Singgang Sotong dan Ikan Keli
Seaman Station

“Citarasa chef kapal ”
Kami menyediakan pelbagai Masakan panas : Western food, Shellout, Set siakap(booking table), Kingcrab(booking table)
Soberbites Kuantan

Gabungan sempurna gourmet sosej + sweet potato bun + caramelized onion + green chili + honey mustard + spicy mayo dan pelbagai variasi topping pilihan. Pastinya memukau deria rasa, meledak sensasi yang mengujakan.
“Sausage On Bun, Exquisite Recipe”
Al Kawthar Restoran Kuantan im7

Authentic Arabian Food. The Best Place to taste Shawarma and Nasi Arab
Roti Bakar Beserah (RBB)

Terletak di Beserah merupakan warung sarapan pagi yang menjadi tumpuan di Kuantan. Keunikan Roti Bakar Beserah terletak pada penggunaan Roti yang Lembut, sos yang berkualiti tinggi dan juga pilihan menu sehingga 12 jenis roti bakar. Hidangan special kami adalah Roti Bakar Lamb, English Breakfast, Nasi Lemak Ikan Ayam dan Kopi Vietnam. Selain dine in, Kami menyediakan perkhidmatan delivery dengan menggunakan Grabfood.
Restoran Seri Hijrah

This restaurant offers only authentic Pahang cuisine mainly from Kuala Lipis together with the great ambience of Malay heritage wood house. The examples of our signature Pahang cuisine are Gulai Tempoyak Patin Sungai Pahang, Ikan kelah Sungai Pahang, Udang Galah Santan Berlada, dan Kulat sisir petai.
Selera Rose Ikan Bakar

Kami menyediakan pelbagai memu masakan panas, western serta sate.
Restoran Sedap Wehh

Merupakan restoran yang terkenal di Kuantan yang menawarkan hidangan tempatan yang lazat dan memberikan suasana yang selesa.
Restoran Ayam Gepuk Jogja

Ayam Gepuk Jogja by Basaroy menyajikan makanan indonesia resepi warisan asli Jogjakarta. Ayam gepuk dihidangkan panas-panas dengan 3 jenis sambal iaitu Mancis, Mercun dan Nuklear yang merupakan simbolik dengan kepedasan tersendiri. Ikan talapia dan keli garing panas juga tidak ketinggalan menjadi kegilaan peminat ikan.
Platform

Moh laa wei… kita ramei-ramei makan tengohari di Platform Cafe
Sedak wehhh..
Nasi Lemak Bot Nelayan

Kami menyediakan makanan nasi lemak pelbagai lauk dan aneka rasa..paling istimewa adalah nasi lemak ikan sembilang kami…
dan kami juga mempunyai masakan panas dan ikan bakar.
Nasi Kerabu Mekla

Nasi Kerabu Mekla menyediakan nasi kerabu bersajikan pelbagai jenis lauk pauk. Nasi Kerabu Mekla juga menyediakan Nasi Berlauk, Nasi Minyak, Mee Kari dan berbagai bagi jenis menu lagi!
Nasi Kandar Melayu Kak Bee

Nasi Kandar Melayu Kak Bee is an old rumah kampung turned into a restaurant. It serves Nasi Kandar cooked in a Malay-style, with various choices of protein.
Restoran Nasi Ayam Gemas

We bring to you, the legendary Nasi Ayam Gemas which is very well known in the south region of Malaysia. We cook and serve to you the original recipe from Pak Mus.
Ms Elliot At Hock Bee

Ms Elliot, sebuah restoran halal certified kafe fusi yang terletak di Jalan Besar dalam bangunan bersejarah Hock Bee, mengkhususkan diri dalam masakan fusi Pahang.
Me’Nate Steak Hub

Me’nate Steak Hub Kuantan, located at Perkampungan Tok Sira, is unique for offering both grilled seafood and premium steaks.
Mabiq Restaurant

Awalnya, restoran MABIQ merupakan dewan makan pelajar maahad tahfiz MABIQ. Oleh kerana maahad adalah maahad tahfiz persendirian yang bergantung penuh pada sedekah orang ramai bagi menampung makan, minum dan pendidikan, maka dewan makan ini dibuka kepada orang ramai.
Cafe De White House

Healthy Lunch
Pokebowl
Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah (whole leg)
Katsu Curry Chicken Don
Premium Coffee Bean
Homemade Pizza
Kula Cakes

Bermula dari 2013, Kula Cakes telah menjadi satu nama yang tidak asing lagi, bukan sahaja kepada penduduk tempatan, tetapi juga di luar Kawasan Kuantan. Keunikan nama dan juga kualiti produk kek telah menjadi daya tarikan kepada pengunjung yang ingin merasai kesedapan sebenar “Mango Cheesecake”. Terdapat juga beberapa kek lain yang tidak kalah hebatnya, seperti Salted Caramel Chocolate, Pandan Gula Melaka, Peanut Butter Pie, Creme Brulee, dan juga Pavlova.
Seaba Seafood

Seaba Seafood, dengan trade mark “celup tepung, bukan lagi di warong,” adalah kafe celup tepung pertama di Malaysia yang berkonsepkan Hawaii.
Jaman Tory

Sejarah awal munculnya Jaman Tory di Kuantan bermula sekitar tahun 2006, di mana ia hanya sebuah warung yang menggunakan meja lipat dan payung.
Wall Street Cafe’

Kedai Roti Bakar Wall Street (KRBWS) adalah sebuah kafe yang berkonsepkan vintage yang menggabungkan unsur hiasan Melayu lama serta fusion. Kafe ini diasaskan oleh anak jati Kuantan bernama Mohd Fazrol Azrin pada tahun 2021.
Touch Craving Shell Ouch

“APALAH YANG SEDAP SANGAT TCSO NI SAMPAI RAMAI BERATUR?”
Haa itulah soalan orang ramai bila tengok ramai customer yang sanggup beratur semata-mata nak makan shellouch dekat TCSO
ni. Rupanya bila diorang dah rasa baru dia tahu apa yang best dekat TCSO ni kan..
Rasa sos yang unik, seafood yang pelbagai, ada kingcrab, lobster, ketam nipah dan macam2 jenis lagi tau yg kami gunakan..