Kain Tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi, Indonesia. Dibawa ke
Pahang pada abad ke-16 Masihi. Diperkenalkan oleh seorang Pembesar Bugis yang
dikenali sebagai Tuk Tuan (Keraing Aji).
Bermula dari tahun 1995, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah
mengambil inisiatif untuk memaju dan membangunkan semula Tenun Pahang Diraja
melalui penubuhan syarikat Realistic Attraction Sdn. Bhd. (RASB) yang menjalankan
operasi di Kampung Padang, Kuantan.
Bermula tahun 2000, RASB menjalankan operasi hariannya di Kompleks
Pengembangan Tenun Pahang Diraja Soi (Blok A), Kampung Soi, Kuantan. Pada 23
Mei 2012, Pusat Kecemerlangan Tunku Azizah Iskandar atau Tunku Azizah Iskandar
Center of Excellence (COE) (Blok B) telah dirasmikan bagi tujuan penyelidikan kain
Tenun Pahang. COE ini terletak berdekatan dengan Kompleks Pengembangan Tenun
Pahang Diraja Soi.
Tenun Pahang yang dikomersialkan oleh PKNP dikenali sebagai Tenun Pahang Soi kerana kedudukannya yang terletak di Kampung Soi, Kuantan.
Kalendar
Galeri
Info Pantas
Jarak dari Tengah Bandar
10KM
Waktu Operasi
8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang
Harga Tiket
Percuma
No telefon
09-534 1736
Sosial Media
Kemudahan Awam
- Surau
- Parking
- Cafe
- Shop / Stall
- Shuttle Bus
- Homestay
Alamat
Kompleks Tenun Pahang,
Jalan Kempadang Perdana 1, Pahang, 25150 Kuantan