Melalui Jalan

Kenderaan Persendirian

Kuantan merupakan ibu negeri di Pahang yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya terletak kira-kira 275 km dari Bandaraya Kuala Lumpur, 380 km. dari Johor Bahru atau Singapura, 305 km dari Melaka, 219 dari Kuala Terengganu dan 382 dari Kota Bharu.

Jika anda memandu;
  1. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh melalui Lebuhraya Pantai Timur untuk sampai ke Kuantan.

  2. Jika anda dari Johor Bahru atau Singapura
    1. Anda boleh melalui susur keluar Lebuhraya Utara – Selatan di Tangkak, kemudian melalui Segamat, Muadzam Shah, untuk sampai ke Kuantan.
    2. Anda boleh melalui jalan pantai untuk ke Kota Tinggi, Mersing, Rompin, Pekan untuk sampai ke Kuantan.

  3. Jika anda dari Kota Bharu atau Kuala Terengganu, anda boleh melalui jalan pesisir pantai menuju ke Dungun, Kemaman, untuk sampai ke Kuantan.

  4. Jika anda dari Melaka, anda boleh melalui Tangkak, Segamat, Muadzam Shah, untuk sampai ke Kuantan.

Kenderaan Awam

Perkhidmatan Bas

Terdapat 2 jenis perkhidmatan bas yang beroperasi di sekitar Kuantan iaitu bas ekspres dan bas berhenti-henti (stage bus). Bas ekspres beroperasi di Kuantan Terminal Sentral di Indera Mahkota manakala bas henti-henti beroperasi di Perhentian Bas Pasar, Jalan Stadium (Berhampiran Pasar Besar Kuantan) 

Perkhidmatan Teksi

Bagi menarik lebih ramai pelawat ke Kuantan, teksi di Kuantan memberi peranan dalam pelancongan. Selain memberi kemudahan kepada pelancong asing mahupun dari dalam negara dan luar negara, ia turut menjadi perkhidmatan pengangkutan awam penduduk-penduduk di sekitar kawasan yang agak terpencil dan jauh di pedalaman.

Melalui Udara

Pengangkutan Udara

Kuantan juga menyediakan pengangkutan udara yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah yang menjadi lapangan terbang utama Pahang. Lapangan terbang ini telah menjadi sebuah lapangan terbang Antarabangsa yang menyediakan tiket penerbangan terus ke luar dalam dan luar negara.

Hakcipta © 2024. Majlis Bandaraya Kuantan. Peta Laman | Terma