Kuantan terkenal dengan keindahan semulajadi dari pantai, hutan, sungai dan air terjun. Air Terjun Sungai Pandan berhampiran Panching sangat popular untuk beriadah bersama keluarga. Air Terjun Sungai Pandan, juga dikenali sebagai air terjun Panching terletak 25 km dari Kuantan, Pahang. Ia merupakan lokasi perkelahan dan rekreasi yang popular untuk penduduk Kuantan dan mereka yang tinggal di kawasan sekitar. Air terjun merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Sungai Pandan “Hutan Lipur Sungai Pandan” yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 25 hektar. Hutan simpan ini, khazanah yang tidak disentuh, adalah rumah kepada beberapa spesies pokok tropika termasuk beberapa spesies tumbuhan periuk kera.
Aktiviti
Kalendar
Galeri
Info Pantas
Jarak dari Tengah Bandar
28 Km
Waktu Operasi
1. Isnin – Khamis (Hari biasa)
● 9.00 am – 5.00 pm
2. Sabtu – Ahad
●9.00 am – 6.00 pm
2. Jumaat cuti bagi penyelenggaraan
Harga Tiket
1. Warganegara
● Dewasa : RM 3
● Kanak-kanak : RM 2
2. Bukan Warganegara
● Dewasa : RM 10
● Kanak-kanak : RM 5
2. Parking
● Motorsikal : RM 1
● Kereta : RM 3
● Lori/Bas : RM 10
SOSIAL MEDIA
No telefon
016-9224777
Kemudahan Awam
- Tandas
- Masjid
- Parking
- Pondok rehat
Alamat
Air Terjun Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang