Kampung Tanjung Api merupakan sebuah kampung nelayan yang terletak 3km dari Bandar Kuantan. Nama Kampung Tanjung Api ini berasal daripada sebuah rumah api yang pernah didirikan di tanjungnya. Rumah api itu terkenal kerana telah membantu banyak kapal nelayan melabuh di muara dan sehingga kini tempat ini terkenal sebagai pusat membeli hasil laut yang segar dan murah. Tanjung api merupakan tempat yang menarik untuk merehatkan minda dengan permandangan laut yang menarik dan tempat beriadah seisi keluarga. Disini juga anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing kerana tempat memancing yang ideal dengan hembusan angin laut yang menyegarkan & anda juga boleh melihat pemandangan matahari terbenam.

Galeri

Info Pantas

Jarak dari Tengah Bandar

7KM

Waktu Operasi

24 Jam

Harga Tiket

Percuma

Kemudahan Awam

Alamat

Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang

Hakcipta © 2024. Majlis Bandaraya Kuantan. Peta Laman | Terma