Terletak tidak jauh dari Masjid Sultan Ahmad Shah 1 dan berhadapan dengan mahkamah Syariah, Muzium Seni Pahang mempunyai pelbagai koleksi menarik yang dipamerkan sama ada seni catan, foto atau arca. Koleksi-koleksi yang terdapat di sini antaranya adalah hasil karya daripada karyawan seperti Sivarajah Natarajan, Roslan Ahmad, Sunan Sugio, C Tuck Lee, Sharifah Kirana dan Mohamad Nor. Bahan pameran yang terdapat di sini sering ditukar mengikut tema yang tertentu iaitu sama ada batik, merdeka, seni reka atau sebagainya.
Aktiviti
Kalendar
Galeri
Info Pantas
Jarak dari Tengah Bandar
1.8KM
Waktu Operasi
Setiap Hari Kecuali Isnin
Jam 9.00 Pagi-1.00 Petang,
2.30 Petang-4.30 Petang
Harga Tiket
● Dewasa RM10.00
● Pelajar RM2.00
● Kanak-kanak dan warga emas Percuma
No telefon
09-513 4891
Sosial Media
Kemudahan Awam
- Tandas
- Surau
- Parking
- Shop / Stall
- Shuttle Bus
- Hotel
- Cafe
Alamat
Museum of Contemporary Art (MOCA) (Muzium Pahang) Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang