Pelancongan bandar dan rekreasi kini menjadi nodus tarikan utama Bandaraya Kuantan. Taman Esplanade Benteng terletak di pusat Bandar Kuantan. Taman Esplanade mempunyai laluan pejalan kaki yang sepanjang 1 km bersebelahan sungai Kuantan. Terdapat papan tanda bertuliskan ‘Kuantan’ di seberang sungai. Kawasan ini terkenal dengan aktiviti joging di waktu pagi dan petang, manakala waktu malam dimeriahkan dengan pertandingan memancing. Taman ini bersebelahan dengan Sungai Kuantan dan menawarkan perkhidmatan Kuantan River Cruise, di mana anda boleh menikmati pemandangan burung helang, buaya tembaga, dan hutan bakau air masin di muara Sungai Kuantan. Selain menjadi tumpuan riadah keluarga, taman ini juga menjadi lokasi untuk pelbagai acara dan aktiviti seperti berjoging, berbasikal, dan pertandingan memancing yang diadakan setiap tahun. Menurut sejarah, tempat ini adalah tapak penempatan awal penduduk di Bandar Kuantan yang dikatakan berasal dari satu kawasan di Sumatera yang dikenali sebagai Kuantan.

Galeri

Info Pantas

Jarak dari Tengah Bandar

2.3 KM

Waktu Operasi

24 Jam

Harga Tiket

Percuma

Kemudahan Awam

Alamat

Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Hakcipta © 2024. Majlis Bandaraya Kuantan. Peta Laman | Terma