Zoo Mini Teruntum muncul sebagai zoo hibrid pertama di dunia. Ia dibangunkan dengan konsep baharu menggabungkan elemen haiwan bernyawa dan haiwan animatronik pra sejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi teknologi industri 4.0, sebagai sebuah zoo hibrid. Pengunjung bukan hanya dapat melihat haiwan-haiwan tempatan secara langsung malah mereka berpeluang menyaksikan haiwan animatronik pra sejarah yang telah pupus. Zoo hibrid ini merupakan tarikan pelancongan baharu di Kuantan dan Pahang khususnya. Kawasan mini zoo ini mempunyai landskap yang menarik dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah sambil melihat haiwan yang dipamerkan.

Galeri

Info Pantas

Jarak dari Tengah Bandar

8.3KM

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari
10.00 Pagi – 6.00 Petang

Harga Tiket

Dewasa – RM25.00
Budak – RM22.00

No telefon

095601112

Sosial Media

Kemudahan Awam

Alamat

Zoo Hibrid, Jalan Padang Golf 25050
Kuantan, Pahang, Malaysia

Hakcipta © 2024. Majlis Bandaraya Kuantan. Peta Laman | Terma