Pelancongan bandar dan rekreasi kini menjadi tarikan utama di Bandaraya Kuantan. Kuantan terkenal dengan pelbagai pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan pelancong. Taman Kerang terletak di pusat Bandar Kuantan, bersebelahan dengan padang MPK2, dan berdekatan dengan Masjid Negeri Pahang (Sultan Ahmad 1). Taman ini terkenal dengan penjualan barangan antik, barang terpakai, kraf, dan koleksi klasik yang disediakan di sepanjang jalan, serta Car Boot Sale yang beroperasi pada waktu malam. Nama “Taman Kerang” diberikan berdasarkan replika kulit kerang dan tugu yang terbuat daripada batu yang dihiasi dengan air pancut berbentuk ‘shell’. Taman ini merupakan sumbangan daripada pemilik stesen minyak Shell pada tahun 60-an dahulu kala dan terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan.

Kalendar

Car boat Sale
Setiap hari
7.00 malam hingga 12.00 tengah malam

Galeri

Info Pantas

Jarak dari Tengah Bandar

1.9KM

Waktu Operasi

24 Jam

Harga Tiket

Percuma

Sosial Media

Kemudahan Awam

Alamat

Taman Kerang, Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang

Hakcipta © 2024. Majlis Bandaraya Kuantan. Peta Laman | Terma